Tuesday 8 October 2013

Sketsa Hidupku...

Selamat ulangtahun buat diriku sendiri..10 Ogos tarikh keramat, sama dengan Anwar Ibrahim..tapi tak kisah lah sama tarikh dengan siapapun, yang penting..tarikh ini menandakan diri ini semakin matang (sepatutnya..bukan tua). Ucapan dari orang pertama yang ditunggu-tunggu ialah dari suami sendiri dengan kucupan ringkas dikiri kanan pipi. Seterusnya dari buah-buah cinta kami yang enam orang tu. Hadiah? Dalam usia sebegini, aku tak mengharapkan apa2 pun (tapi kalau dapat i-pad atau galaxy tab pun bagus gak..tapi siapa nak bagi ya?). Tak pe..tak kisah pun pasal hadiah ni..aku memujuk hatiku sendiri. Aku kan wanita berkerjaya, takkan setakat i-pad tu tak boleh pejam mata sikit untuk kepuasan diri sendiri.

Aku sebenarnya bukan suka sangat jadi wanita berkerjaya ni..penat..buat dua kerja dalam satu masa, dah puas perang dipejabat, perang pulak kat rumah. Mana nak melayan anak, dalam masa yang sama nak jaga makan pakai suami..aduhai..beletap-letup tulang empat kerat ni..ini cerita masa membesarkan anak masa diorang kecil-kecil dulu. Masih dalam ingatan aku lagi, dengan perut memboyot mengandungkan anakku yang ketiga..aku keklinik ibu mengandung dengan berjalan kaki sejauh dekat 2 km dengan mengheret dua orang anak perempuanku yang berusia 4 tahun dan 2 tahun ketika itu. Umairah, yang tua..merungut2 bila nak sampai kedestinasi..Amalina pula merengek2 minta digendong, mau tak mau heret juga la diorang..tu la pasal anakku yang ketiga Aqilah bila buat pemeriksaan, songsang memanjang. Suami?..ohh..suami masa tu kerja luar daerah, so aku la yang terpaksa menguruskan semuanya. Nak buat macamana, redho je walaupun dalam hati ni, Allah saja yang tahu.. Kalau tidak bekerja payah juga untuk menanggung kos kehidupan di Kuala Lumpur ni.

Nabi Muhammad saw suka umatnya ramai..tu sebab aku tak kisah beranak ramai sampai enam, kalau aku kawin muda..entah2 berapa la jumlah anakku, mungkin macam bondaku Aminah..sampai 12 orang adikberadik aku. Eee..macamana lah beliau boleh melahirkan dan mendidik kami dalam zaman serba kekurangan masa tu. Tabik buat bondaku.. bab menjaga anak-anak ni bukan satu perkara yang mudah..kalau setakat jadi kilang keluarkan anak, aku rasa semua orang boleh..sampai tahap buang2 anak lagi zaman sekarang ni, dah tak tahu dosa pahala. Menjaga, merawat, mendidik anak bukan macam membela ayam direban, kambing dikandang, bagi makan pagi petang, malam halau masuk reban atau kandang..begtulah rutin seharian, tapi mendidik anak ni memerlukan kesabaran yang tinggi bagi memastikan mereka betul2 jadi orang yang berguna pada agama dan masyarakatnya. Perlu sedia mental dan fizikal.

Memang menjadi hasratku, aku nak mendidik anak2ku dalam suasana yang Islamik..sebelum aku pasrah menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidupku, aku mensyaratkan dalam majlis akad nikah, aku tak mahu sanding2, setidak2nya syariat kena jaga dan ini penting dalam pembentukan anak2 nanti. Harap2.. bakal suami dapat memenuhi kriteria yang aku perlukan iaitu dapat membimbing aku dan zuriat kami dalam menuju Raudhatul Sakinah, mawaddah wa rahmah.."Ya Alllah..Ya Rabbi..berilah aku petunjuk...kurniakan aku seorang suami yang benar2 menjadi pendamping dan pemimpin yang baik buatku dalam menuju redhoMu", doaku sentiasa didalam sujudku sebelum kami diijabkabulkan.

Alhamdulillah...sehingga kini, aku bahagia dengan kehidupan ku..walaupun tidak dilimpahi kemewahan materi, aku bersyukur dengan limpahan kasih sayang suami dan anak2...aku meneruskan kehidupan di kota yang penuh cabaran ini.

No comments:

Post a Comment